Saturday 31 May 2014

KEM TUNAS MTP & PRS Siri 3

SMKDN... Terbaik~~~!!

Begitulah slogan yang dicipta oleh pihak MSU kepada barisan pemimpin SMKDN yang hadir iaitu MTP, PRS dan juga PSS.

Pada hari Sabtu yang bertarikh 3/5/2014, Pihak MSU, Shah Alam menghantar dua orang wakil untuk memberi motivasi yang bertemakan "Team Building".                  .

Pada hari tersebut, makna 'kerjasama' dapat kami kenali dengan lebih mendalam dan dapat kami amalkan semasa aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh pihak MSU. Pelbagai acara atau lebih dikenali sebagai 'game' yang berkaitan dengan tema "Team Building" yang begitu menyeronokkan memberi pengajaran yang banyak kepada para pemimpin SMKDN bahawa betapa pentingnya nilai kerjasama dalam hidup kita. Harap para pemimpin akan mengamalkan pengajaran yang diperoleh ini untuk masa depan yang cerah.

Para pemimpin SMKDN dan pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak MSU, Shah Alam kerana memberi input-input yang terbaik untuk memperbaiki diri menjadi pemimpin yang lebih hebat pada masa yang akan datang.













































Wednesday 28 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014

SELAMAT HARI GURU~!

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan di Dataran Semarak, SMKDN pada Hari Guru seluruh dunia iaitu 16.5.2014 yang jatuh pada hari Jumaat. Kali ini, sekolah menyambut Hari Guru mengikut sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Persediaan sambutan kali ini adalah daripada kerjasama MTP, PRS dan PSS dengan guru-guru pembimbing. Harapan kami adalah supaya Hari Guru ini dapat kami uruskan dengan baik.

Alhamdulillah, Sambutan Hari Guru yang diuruskan oleh pihak MTP, PRS, PSS dan beberapa guru pembimbing berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah dan halangan berlaku sebelum dan semasa majlis dijalankan. InsyaAllah kami (pemimpin pelajar), akan menguruskan majlis-majlis yang akan datang dengan lebih lancar dan berjaya.

Pihak Pemimpin Pelajar SMKDN mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar kami dengan penuh sabar. Kami mendoakan yang terbaik bagi guru-guru yang kami sayangi. Maafkanlah segala salah dan silap kami dan berkatilah segala ilmu yang guru-guru curahkan kepada kami.

Terima kasih kepada semua MTP , PRS , PSS , guru-guru pembimbing, kelab fotografi, yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru ini. Maaf dipinta kerana lamabat update post Sambutan Hari Guru ini.

Sebelum menikmati gambar-gambar pada hari tersebut, post ini berakhir dengan dua rangkap pantun khas untuk guru-guru SMKDN yang disayangi..

Sumbu pelita menyala culas,
Di atas dulang duduk letaknya;
Tak pernah dipinta jasa dibalas,
Kejayaan cemerlang itulah hadiahnya.

Penat berburu sungai disinggahi,
Bawa kelapa penuh sebaldi;
Hari guru hari menghargai,
Semoga tak lupa jasa dan budi.


~Terima Kasih Cikgu ~ Thank You Teacher ~ 谢谢老师 ~ நீங்கள் ஆசிரியர் நன்றி ~







































Para MTP sesi pagi yang mengambil peluang mengambil gambar bersama guru-guru pentadbir sekolah dan juga guru-guru pembimbing MTP yang tersayang.