Selamat Menyambut Bulan Ramadhan~!
Assalamualaikum...
Kami, pihak MTP SMKDN ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435H kepada warga muslim SMKDN, kaum muslimin dan muslimat di dunia ini.
Insya Allah kita akan menjadi seseorang yang lebih baik ketika dan selepas Bulan Ramadhan yang indah ini dengan menahan nafsu kita, mengelakkan perbuatan yang tidak elok dan sebagainya. Sebaliknya, kita memenuhi bulan ini dengan membaca kitab suci Al-Quran, menunaikan solat sunat terawih, memberi sedekah, berzikir dan menekadkan diri untuk mengejar malam Lailatul Qadar.
Jadi sama-samalah kita berlumba mendapat pahala pada bulan yang indah ini serta melakukan kebaikan yang berterusan sehingga kita mengakhiri hayat kita di dunia ini dan Insya Allah, kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.
Sebelum post ini berakhir, hayatilah sebuah hadis daripada Rasulullah SAW:
Sekian Terima Kasih.. Assalamualaikum^^