Thursday 23 July 2015

Keputusan Pilihan Raya BTMTP 2015

  Jeng jeng jeng... keputusan pilihanraya BTMTP SMK Dusun Nanding telah diumumkan. Tahniah kepada semua yang terpilih. Moga- moga calon BTMTP kali ini dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi.
 

Wednesday 15 July 2015

Raya Letop letop 2015


Dikesempatan ini, warga Majlis Tertinggi Pelajar ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri walfaizin. 

Kami ingin memohon keampunan dan kemaafan daripada semua warga SMK Dusun Nanding jika pernah sengaja atau tidak semasa kami melakukan tugas sebagai pemudah cara sekolah, kami telah menyakiti hati mana mana pihak, terkasar bahasa, tersilap bicara, tersalah langkah, terlepas pandang, tidak adil dan segala kekurangan yang kami lakukan pada anda.

MTP tingakatan 5 ingin mengambil peluang ini untuk meminta ampun daripada semua rakan taulan dan adik adik seperjuangan pemimpin SMK Dusun Nanding. Kami hanya biasa-biasa, dan sering melukakan hati banyak pihak, selalu membuat salah dan sebagainya. Kami harap, dimasa akan datang, pewaris pewaris kepimpinan MTP lebih maju jaya dan berada dibawah tunggak keadilan dan kedamaian. 

Sesungguhnya,
Yang patah tumbuh,
Yang hilang berganti.

Yang bodoh jatuh,
Yang hebat disanjungi.

Tapi dalam kepimpinan,
Yang lemah diraih,
Yang mantap bersama.


Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. 

JAUHI SEBARANG GAJET SEMASA MENZIARAHI DAN DIZIARAHI. 

HIDUP DALAM KEHORMATAN, PASTI ANDA AKAN DIHORMATI.


Tulus daripada MTP Tingakatan 5 2015