Sunday 23 August 2015

Hari Perkampungan Kokurikulum

          Pada 8 Ogos 2015 hari Sabtu, SMK Dusun Nanding mengadakan hari perkampungan kokurikulum yang ditempatkan di Dataran Semarak SMK Dusun Nanding. Berbekalkan doa serta kesungguhan para pelajar serta guru-guru hari perkampungan kokurikulum berjalan dengan lancar. 

           Berkat usaha para guru serta pelajar dalam menjayakan hari perkampungan ini, Kemeriahan yang diharapkan tercapai. Terdapat juga ibu-bapa yang turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana di Dataran Semarak SMK Dusun Nanding.
 
          Dendangan muzik-muzik raya serta gerai-gerai yang dihiasi dengan pelbagai aneka juadah serta barangan  membuktikan bahawa semangat yang ditumpahkan oleh warga SMK Dusun Nanding berhak di ketengahkan. Pihak MTP juga turut berganding bahu dalam menjayakan hari perkampungan ini. 

         Dengan ini, kerjasama guru-guru, pelajar-pelajar serta rakan-rakan MTP amatlah dihargai. ;))




[Pengetua SMK Dusun Nanding memberi ucapan bagi perasmian Hari Perkampungan Kokurikulum]

[Guru-guru serta barisan ahli-ahli PIBG]

[Pelajar-pelajar juga turut memberikan semangat yang jitu dalam menjayakan majlis ini]

[Pelajar-pelajar juga turut mewarnai susana hari perkampungan kokurikulum ini dengan berpakaian yang berwarna-warni]

[persembahan silat yang dinanti-nantikan]

[Persembahan oleh Pelajar PPKI juga turut memeriahkan lagi suasana]


Thursday 20 August 2015

Majlis penyerahan kuasa

Majlis penyerahan kuasa telah diadakan pada 25 JUN 2015 bertempat di Dataran Semarak Cemerlang SMK Dusun Nanding.Majlis ini telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama ahli-ahli MTP,para pelajar serta para guru.Diharapkan pelapis-pelapis baru dapat meningkatkan prestasi disiplin pelajar.

[Dari kiri, ketua umum tahun 15/16 Wan Muhammad Iskandar, dan sebelahnya Zakir bekas ketua pelajar 14/15]

                                       
[Sesi penyerahan tugas oleh pengetua SMK Dusun Nanding kepada Ketua Umum baharu]

      
[Wan Muhammad Iskandar membacakan ikrar MTP buat kali pertama sebagai ketua umum tahun 2015/2016]
                                         
[Barisan-barisan MTP membacakan ikrar MTP dengan penuh semangat]

[Gambar keluarga MTP SMK Dusun Nanding]