Thursday 30 June 2016

Sambutan Hari Guru

    Pada Jumaat 27 May 2016 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding telah mengadakan Sambutan Hari Guru dengan jayanya. Tema sempena sambutan hari guru tersebut bagi para guru ialah 'back to school'.
   
   Guru-guru memperagakan 'uniform' sekolah mereka mengikut era zaman persekolahan yang berbeza. Berbagai ragam dan gelagat oleh guru-guru yang dapat dilihat pada hari tersebut. Guru kelihatan amat teruja sepanjang majlis dijalankan.



   Kejayaan majlis sambutan hari guru adalah hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid yang memberikan komitmen dengan baik sepanjang majlis berlangsung. Kami, Majlis Tertinggi Pelajar berharap agar perpaduan antara warga sekolah dapat dikekalkan supaya Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.

Monday 13 June 2016

Kem Tunas Kepimpinan Siri Ke-2

     Pada Sabtu 30 April 2016 yang lalu, Majlis tertinggi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding telah menganjurkan Kem Tunas Kepimpinan Siri Ke-2. Perjalanan progam ini telah dirangka dan diuruskan oleh Barisan Tertinggi Majlisn Tertinggi Pelajar. Objektif kem ini ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi pelajar dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri mereka. Program ini berlangsung selama sehari dari jam 7:30 pagi hingga jam 5:30 petang.

    Pada jam 7:30 pagi, peserta-peserta diarahkan untuk mendaftarkan diri dan berkumpul di dataran Semarak Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding. Pelajar-pelajar disajikan dengan nasi lemak yang didediakan oleh ahli-ahli exco dokumentasi dan dibantu oleh ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa dan guru, Puan Norsila

     LDK 1 bermula pada jam 9:10 pagi dan diteruskan dengan LDK 2 pada jam 10:40 pagi. Pada jam 12:20 tengah hari pelajar-pelajar diberikan rehat dan disediakan makanan tengah hari dengan menu ayam masak merah, sayur masak lemak dan nasi putih. Program ini diteruskan lagi dengan slot bersama-sama PC iaitu permainan Running Man yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar. LDK 3 ialah pembentangan kertas kerja oleh setiap kumpulan. Pada jam 5:00 petang, taklimat terakhir diadakan sebagai penutup majlis

    Pihak Barisan Tertinggi Majlis Tertinggi Pelajar ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama jitu yang diberikan oleh pelajar-pelajar dalam menjayakan program ini.