Friday, 1 September 2017

MENGAMBIL IKTIBAR KISAH IBRAHIM DAN ISMAIL

sumber :internet 

Assalamualaikum dan salam Aidiladha

UJIAN ITU TARBIYAH ALLAH

Seringkali bila kita meraikan Hari Raya Aidil Adha, sana sini biasanya kita dengar akan bercerita kisah pengorbanan Nabi Ibrahim . Baik ketika khutbah raya, atau ceramah-ceramah di TV, selalu kita dengar kisah ni. Namun sejauhmana kita betul-betul menghayati kisah ini.

Kisah ini boleh ditelusuri bila kita menyelak Quran dan pergi ke Surah Ash Shaaffat ayat 100 hingga 111.
Bacalah dengan penghayatan sepenuhnya kisah ini. Percayalah andai kita benar-benar hayati kisah seorang ayah dan anak ini, hati kecil kita pasti terkesan dan tersentuh dengan erti sebenar keyakinan dan tawakal, kesabaran, serta ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sebagaimana kita ketahui, Nabi Ibrahim adalah antara Nabi yang banyak menerima ujian-ujian besar dari Allah s.w.t. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah pun lanjut.
  
Meskipun Nabi Ibrahim telah merasakan bahwa usianya semakin lanjut dan tubuhnnya semakin lemah,baginda tetap sabar dan senantiasa berdo’a agar Allah segera mengurniakan seorang anak kepadanya. Baginda sangat berharap kehadiran seorang anak akan meneruskan misi dakwahnya di muka bumi ini. Dan ia pun terus berdo’a kepada Allah tanpa berputus asa ;

"Ya Tuhanku, a
nugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang  yang soleh." (100)

100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. Ayat ini menerangkan bahawa jika kita meminta kepada Allah maka Dia akan kabulkan permintaan kita. Cuma cepat atau lambat. Allah mahu melihat makhluknya berdoa, berusaha dan betawakal kepadaNya dan melihat hambanya melakukan amalan yang baik. maka Allah memberi anak kepada baginda Nabi Ismail a.s ,melalui isteri keduanya Siti Hajar. Kegembiraan kerana mendapat anak merupakan berita yang dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Tetapi kenapa sekarang ramai yang membuang bayi sesuka hati? dan tidak kurang yang mendera kanak-kanak? 

Ayat ini sekiranya kita mahu mengambil iktibar, sesungguhnya lambat atau cepat, Allah itu tetap akan mengakbulkan permintaan kita. Allah mahu melihat kita bersabar, berusaha, bertawakkal dan melakukan amal saleh kepadaNya.

"..Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan.." (Ghafir : 60)

Akhirnya selepas sekian lama berdoa dengan penuh pengharapan dan penuh kesabaran, Allah mengurniakan kepada Nabi Ibrahim seorang anak melalui isteri keduanya Siti Hajar.

"Maka Kami beri Dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar."(101)

Dan anak yang ditunggu-tunggu sekian lama ini diberi nama Ismail.
101. Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar[1283].
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.
100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

Ismail pun membesar menjadi seorang anak yang baik dan saleh. Ia sangat taat dan menghormati orang tuanya. Ia juga menjadi seorang anak yang rajin beribadah kepada Allah sebagaimana ayahnya,Nabi  Ibrahim.

Namun, tibalah ketika Allah s.w.t ingin mengujinya untuk kali kedua.
 Dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah telah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. 

Allahuakbar.
Apakah perasaan kita sebagai seorang bapa atau ibu jika diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangan sendiri.
Sanggupkah kita melakukannya walaupun kita pasti ianya perintah dari Allah s.w.t. 

Namun tidak bagi Nabi Allah Ibrahim. Setelah hati beliau penuh rasa yakin akan perintah Allah tersebut, ia pun segera berjumpa dengan anaknya Ismail. Dengan bahasa dan kata-kata lembut, beliau mengutarakan apa yang harus dilakukan terhadapnya, tentang dirinya yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail.
  
" ...Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?..". (102)

Dan kemudian saat mendengar jawapan Ismail, Nabi Ibrahim sangat terkejut dan hairan bercampur bahagia.

“ ...Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah kamu mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”(102)

Subhanallah.
Sungguh, ini adalah jawaban seorang anak yang saleh dan taat kepada orang tuanya, ia rela mengorbankan seluruh apa yang ia miliki termasuk jiwanya demi menunaikan ketaatan kepada Allah.

Setelah Nabi Ibrahim mendengar jawapan Ismail bahawa dirinya sudah rela untuk dikorbankan demi ketaatan kepada Allah, Ibrahim pun membaringkan Ismail untuk menyembelihnya.

"T
atkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya )." (103)

 Dan di saat beliau hendak melepaskan pisau untuk menyembelih Ismail Allah lantas memanggil Ibrahim ;
  
" Wahai Ibrahim, sungguh engkau telah membenarkan mimpi itu. Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik " (104-105)

Begitulah akhirnya sesudah nyata kesabaran, ketaatan dan tawakalnya Nabi Ibrahim kepada Allah s.w.t. Allah menebus Ismail dengan seekor kibas yang besar untuk disembelihnya. Dan peristiwa ini telah diabadikan oleh Allah dengan dijadikan dasar disyariatkannya kurban yang dilakukan pada hari raya haji bagi kita hari ini.

"Dan Kami abadikan untuk Ibrahim [ nama yang harum] di kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera bagi Ibrahim. 
Tawakkal.

 
Allah berfirman ;

" Sesungguhnya ini benar-benar suatu UJIAN yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan sembelihan yang besar." (106-107)



Sungguh peristiwa ini adalah ujian yang sangat besar bagi Nabi Ibrahim dan keluarganya, tetapi beliau berjaya menghadapi ujian itu dengan baik sekali, sehingga dengannya Allah telah meninggikan darjat Nabi Ibrahim. Demikianlah tingginya tingkat kesabaran Nabi Ibrahim, saat anak yang diidam-idamkan tak kunjung tiba,  turun pula perintah Allah untuk menyembelih Ismail yang sangat disayanginya. Terbukti ketaatan beliau yang begitu kuat, hingga ke saat terakhir untuk menyembelih anaknya ini telah menjadi bukti dan saksi terbesar akan kebenaran ketaatannya.

Inilah salah satu taburan bunga-bunga hikmah dari perjalanan hidup beliau yang sangat mulia hingga dipuji sikapnya hingga ke hari ini sebagaimana dijanjikan Allah di dalam Al-Quran akan nama Ibrahim yang akan harum berterusan bagi orang-orang yang hidup setelahnya.

"Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik" (108-110)


"Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami Yang beriman." (111)

Begitulah kisahnya, ketiga sifat di atas, kesabaran, keyakinan dan tawakal, serta ketaatan sepenuhnya Nabi Allah Ibrahim kepada Allah s.w.t. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah sehingga tidak mampu digugat makhluk sekalipun dengan sesuatu yang paling disayang.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)”.

(At-Taubah : 24) 


Begitulah tiga perkara yang sangat susah sekali kita temukan pada diri seseorang saat ini, sifat-sifat itu bahkan terus luntur dan terkubur kecuali bagi mereka yang mendapatkan taufik dan inayah dari Allah.
Malahan kita sendiri boleh mengukur sejauhmana sifat Tawakkal diri kita sendiri kepada Allah.

Ketika kita diuji dengan kesusahan, mungkin lebih mudah kita mengenal erti Tawakkal. Ketika usaha kita menemui jalan buntu, habis ikhtiar, dan kepenatan maka barulah kita sedar yang kita ini tidak ada daya upaya melainkan dengan kudrat Allah semata-mata.

Andai itu caranya Allah mentarbiah kita untuk mengenal erti Tawakkal, dan andai itu caranya kita mula dekat kembali Allah hingga menjadi asbab Allah redha kepada kita, maka alangkah bertuah dan manisnya ujian Allah itu. Beruntunglah orang-orang yang diuji kerana itu tanda kasih Allah kepada kita.


Namun bagaimana kita bertawakkal ketika ketika kita dalam keadaan yang selesa, di ketika kita senang.
Renung dalam diri kita sendiri, tanyakan pada diri adakah dalam setiap perkara dan keputusan yang dilakukan kita sehari-hari ini kita meletakkan pandangan Allah terlebih dahulu  di hadapan sebagai bukti ketaatan kita kepadaNya ataukah pandangan manusia yang terlebih dahulu mempengaruhi tindakan kita.
Tugas yang kita lakukan sehari-hari, adakah kerana mengharap balasan, pujian, pangkat dan pandangan manusia atau keredhaan Allah semata. Apakah jenis kerangka pemikiran yang ada dalam diri kita.

Saya sendiri mengakui, sering bermonolog dengan diri sendiri dalam membuat keputusan sehari-hari dan ini adalah perkara-perkara yang sering dipertimbangkan.

kalau aku buat begini, bos suka atau tidak?
kalau aku buat begitu, apa kata orang lain?

kalau buat macam ni orang tak setuju macamana?

MasyaAllah, semuanya apa manusia manusia kata. kenapa tidak fikir apa Allah kata?

kalau buat macam ni Allah suka tak?
kalau pilih yang ni Allah redha tak?
kalau buat begini Allah marah tak?

Kenapa hanya mementingkan imej diri di mata manusia, bukan imej diri di mata Allah? kenapa bukan Allah yang di depan, kenapa manusia? Bukankan yang memberi duit, pangkat, harta, darjat, kemuliaan dan sekalian nikmat itu Dia?

Subhanallah. Moga Allah bantu kita bermujahadah.

Andai manusia yang menjadi faktor, maka dimanakah sikap Tawakkal kita kepada Allah. Di mana letak Allah dalam hati kita?

Saya ingin memetik kata-kata dari Dr.Maza tentang Tawakkal :


Ramai yang boleh menyebutnya, bahkan menjadi hiasan di bibirnya. Namun, hakikat tawakkal iaitu pergantungan segala harapan hanya kepada Allah tidaklah mudah untuk dihayati. Ia memerlukan ketakwaan dan asuhan rabbani. Duka dan derita mampu mengasuh insan agar menyerahkan diri kepada Allah Yang Memiliki segala-galanya.

Tawakkal adalah keajaiban.
Ramai yang tidak dapat melihat keajaiban tawakkal kerana mereka tidak memiliki jiwa yang benar-benar bertawakkal. Walaupun mulut mungkin menyebut bergantung kepada Allah, namun jantung hatinya masih bergantung dan berharap kepada selain Allah.

Tawakkal tidak menafikan usaha.
Tetapi hati nurani yang bertawakkal tiada lain melainkan Allah sahaja pergantungannya.
Usaha hanya sebab, Allah penentu segalanya. Apabila insan sampai ke peringkat yang indah itu, maka di situ terlaksananya firman Allah (maksudnya):
“..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” 
(Al-Talaq, 3).


Subhanallah.

Semoga kita beroleh kebaikan dengan bacaan perkongsian dhaif ini.

Monday, 15 May 2017

   
USRAH SIRI 2

▫ MTP LELAKI ▫
Dengan bimbingan Ustazah Sukreni



USRAH SIRI 2
▪MTP & PELAJAR PEREMPUAN ▪
Dengan bimbingan Ustazah Sukreni & ustazah Nabila 

JUMAAT - 13 JANUARI 2017

ANTARA INTIPATI USRAH:

▫ Taaruf
▫Tafahum
▫Takaful
▫Adab2 Usrah
▫Bacaan Alquran,terjemahan dan kefahaman



















USRAH SIRI 1
▪ MTP & PELAJAR ▪

JUMAAT 
12.30pm - 1:30 pm




Pengenalan Barisan AJK USRAH

Pengenalan Diri Ahli Usrah

#ahliUsrahperempuan

#AhliUsrahLelaki







KEM KEPIMPINAN STEP
 [ SYSTEM TRAINING EFFICIENT PERSON ]
JUMAAT [ 21-22 APRIL 2017 ]
◽GABUNGAN MTP,PRS,PPKI,EKSEKUTIF KOPERASI & PSS ◽


TENTATIF KEM KEPIMPINAN STEP :

JUMAAT - 21 APRIL 2017

2.30pm-3.00pm     :Pendaftaran Peserta Sesi Pagi
3.00pm-4.30pm     :Ice Breaking
4.30pm-5.15pm          :Pendaftaran Peserta Sesi Petang
                                    :Solat Asar
5.15pm-6.15pm     :Taklimat & Slot PC
6.15pm-7.00pm     :Bacaan Yaasin & AL Mathurat
7.00pm-7.30pm     :Makan Malam
7.30pm-9.00pm     :Solat Mahgrib,Tazkirah & Solat Ishak
9.00pm-9.30pm     :Slot PC
9.30pm-11.00pm     :LDK 1
11.00pm-11.30pm     :Resolusi
11.30pm-12.00pm     :Bacaan Al-Mulk & Minum Malam
12.00am                     :Kembara  Mimpi

SABTU-22 APRIL 2017
       
 4.30am-5.00am         :Persiapan Diri 
5.00am-6.30am          ;Qiamullail,Solat Subuh & Tazkirah
6.30am-7.00am    :Riadah
7.00am-7.30am    :Sarapan Pagi
7.30am-9.30am    :Explorace-Galaxy Savior
9.30am-10.00am    :Resolusi
10.00am 10.30am    :Solat Dhuha
10.30am -12.00pm    :LDK2
12.00pm-12.30pm    :Resolusi
12.30pm-1.00pm    :Makan Tengah Hari
1.00m-1.30pm           :Solat  Zohor
1.30pm-2.00pm    :Slot PC 
2.00pm-3.30pm    :LDK3
3.30pm-4.00pm    :Resolusi
4.00pm4.30pm    :Slot PC
4.30pm5.00pm    :Solat Asar
5.00pm-5.30pm    :Majlis Penutup
5.30pm                    :Bersurai



Antara Barisan Komiti bersam Cikgu Syam
#pendaftaran



Cikgu Syam,Fasilitator & komiti mengadakan perbincangan










Makan Malam
#pesertaperempuan


LDK 2





LDK 3

solat fardhu zohor berjemaah 



bacaan Yaasin & Al Mathurat beramai-ramai 

LDK 1

LDK 1















Sunday, 9 April 2017


Majlis Anugerah Kecermelangan Akademik 2016
8 APRIL 2017
8:00 a.m - 11;30 a.m

MTP yang ditugaskan menjaga parking

MTP yang ditugaskan menjaga pagar


MTP  yang juga turut membantu bagi menyediakan makanan bagi
 para ibu bapa&pelajar yang hadir

Mtp yang ditugaskan menjaga PA system

Mtp yang ditugaskan menjaga Foyer blok b

       ANTARA MTP YANG MENDAPAT ANUGERAH KECERMELANGAN  AKADEMIK 2016











Tahniah!!! abang-abang dan kakak-kakak MTP yang mendapat keputusan cemerlang SPM  tahun 2016