Saturday 14 March 2020

Majlis Penyerahan Kuasa Barisan Tertinggi Pelajar ( MTP ) 2019/2020
Tarikh : 1 Julai 2019
Tempat : Dataran SMK Dusun Nanding

• 

Terima kasih diucapkan kepada MTP tingkatan 5 yang telah bertukus-lumus memimpin MTP SMK Dusun Nanding dengan jayanya . Syukur kepada Allah kerana telah melancarkan majlis ini . Jadi , terlantiklah Barisan Tertinggi MTP bagi tahun 2019/2020 . Harap BTMTP sesi 2019/2020 dapat melaksanakan segala amanah yang ditugaskan dengan baik . 


Kepada MTP Tingkatan 5 , kami semua ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kerana telah menjadikan MTP sebuah organisasi yang cemerlang , janganlah lupa akan kenangan bersama dalam organisasi MTP SMK Dusun Nanding . 

• 
Tepian biara pohon pulasan ,
Kelopak dahlia di atas papan ,
Aspirasi negara mencapai wawasan ,
Di tangan belia terletak harapan.




Thursday 12 March 2020

Majlis Anugerah Majlis Tertinggi Pelajar (MTP) 2019

Tarikh         : 15 Sept 2019
Masa           : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat        : Concorde V (five) Hotel Concorde, Kuala Lumpur
Penglibatan : Semua MTP

Burung kedidi di pohon nangka,
Anak bayan hinggap ke dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan.


.

Majlis Anugerah Majlis Tertinggi Pelajar (MTP) diadakan pada setiap tahun.
Pada tahun ini, ahli jawatankuasa jamuanb telah sebulat suara untuk memilih "Red Velvet" sebagai tema dan "MTP'S KINGDOM" sebagai nama majlis. Alhamdulillah jamuan yang diadakan berjalan dengan lancar di Concorde Hotel, Kuala Lumpur.


.

Objektif majlis jamuan ini diadakan adalah untuk meraikan Majlis Tertinggi Pelajar yang telah banyak berjasa kepada sekolah terutamanya kepada MTP Tingkatan 5 yang bakal menempuh hidup baru , Tidak lupa juga kepada MTP yang lain telah berusaha untuk membentuk disiplin dan sahsiah murid-murid SMK Dusun Nanding.