Sunday 26 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan Puan Aini Wati


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada 25.01.2014 bersamaan dengan hari sabtu. Seramai 400 orang murid islam telah menghadirkan diri dalam sambutan ini. Juga kehadiran tetamu-tetamu khas telah memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah di Dataran Semarak SMK Dusun Nanding.











 

Perbezaan sambutan pada tahun ini dengan tahun sebelumnya, pada tahun ini sekolah tidak menganjurkan perarakan untuk  setiap kelas seperti tahun sebelum-sebelum ini. Sebaliknya tahun ini digantikan dengan pertandingan nasyid, puisi dan tulisan khat.








  
Tujuan Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan bagi memperingati Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini menggalakkan semua pihak di SMK Dusun Nanding supaya terus memperingati Rasulullah setiap hari dan setiap masa.


Dalam sambutan ini juga, pihak sekolah telah menjemput penceramah khas dan beliau sebagai seorang guru di Maahad Hamidiah, Kajang. Kedatangan beliau telah memberi pengetahuan dan ilmu tentang Siapakah Rasulullah.




























Tidak terlupa juga pelajar bukan islam turut hadir ke sekolah dan mengadakan program mereka dalam dewan ketika Sambutan Maulidur Rasul dijalankan.











Kemeriahan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah diserikan lagi dengan persembahan yang cukup mantap dan hebat daripada kumpulan berzanji guru perempuan yang diketuai oleh Ustazah Sukreni.






















Dengan itu juga, kemeriahan telah diserikan lagi dengan sebuah persembahan pentomen yang hebat daripada pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Dusun Nanding yang bertajuk, “Ku bersujud”. Lakonan ini menceritakan kisah seorang anak bersama bapanya. Anaknya seorang yang derhaka kepada bapanya. Pada suatu hari, anaknya itu melakukan perkara yang tidak bermoral dengan rakan-rakannya dan tiba-tiba diserang oleh sekumpulan remaja. Kawan-kawan si anak meninggalkan dia yang cedera teruk. Akhir sekali, si ayah juga yang membantu anaknya. Hal ini menyebabkan si anak bertaubat dan meminta maaf kepada ayahnya. Lakonan mereka mendapat sambutan yang meriah dan juga memberi pengajaran kepada kita. 













Selepas tamatnya Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah, slot kedua bersambung dengan Majlis Perpisahan Puan Aini Wati Binti Suani . Beliau akan bertugas di tempat baharu di SMK Convent Kajang. Para guru SMKDN juga menyediakan persembahan di pentas khas untuk Puan Aini Wati. Warga SMKDN amat sedih akan kehilangan guru yang kami amat hormati, akan tetapi kami tetap berdoa semoga Puan Aini Wati berada dalam keadaan yang sihat dan terus akan mencapai impiannya. Kami amat menghargai segala jasamu, cikgu. Terima Kasih Cikgu!