Friday 28 March 2014

Kem Kepimpinan MTP & PRS Siri 1

SMKDN BOLEH!

Itulah harapan semua para pemimpin muda yang menghadirkan diri dengan semangat yang membara di Kem Kepimpinan MTP & PRS Siri 1 yang mengambil tempat di Dr. Campsite, Lubok Kelubi. Semua yang pergi ke kem membawa satu matlamat iaitu BELAJAR ILMU KEPIMPINAN. Para pemimpin tahu bahawa ilmu kepimpinan ialah ilmu yang paling luas. Kami mendapat ilmu yang tidak ternilai daripada kem ini yang dikendalikan oleh En. Hafizzal dan kawan-kawan fasilitator yang lain. Kem ini mengajar kami perkara yang asas yang perlu ada pada seseorang pemimpin dengan cara yang amat efektif dan berkesan. Hal ini, para MTP & PRS mendapat pengajaran yang begitu besar impaknya. Kami semua berharap segala ilmu yang kami belajar dapat kami amalkan bukan sahaja dalam sekolah tetapi dapat digunakan di mana-mana sahaja. Kami amat berterima kasih kepada Penghulu kami iaitu Anuar dan Penghuluwati kami iaitu Syafiqah kerana sudi memaafkan segala silap kami. Ribuan terima kasih juga kepada para guru-guru fasilitator Dr. Campsite yang memberi ilmu yang amat bermakna untuk kami. Tidak lupa juga kepada guru-guru SMKDN yang sudi mengorbankan masa untuk memerhatikan kami di kem. 


Jap, mesti tak best kalau tak ada gambar-gambar semasa kem kan? 
Jangan risau, tengoklah gambar-gambar dibawah. Klik pada gambar untuk melihatnya dengan lebih jelas ^^ Enjoy~
  Saya minta maaf atas segala salah dan silap saya dan juga kerana lambat update post ini.











     






























                                             










































































































































































                                                           
































































Sekali lagi terima kasih :)