Saturday 26 July 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri ^^~

Hari Lebaran sudah pun tiba...^^

Balik kampung . Kuih Raya . Baju Raya . Lagu Raya . Duit Raya . Mercun . Gelak ketawa 

Assalamualaikum...
Kami, pihak MTP SMKDN, ingin menasihati agar kawan-kawan di sana menjaga diri baik-baik. Hati-hati main mercun! Hati-hati di jalan raya, pastikan anda semua memakai tali pinggang keledar masa nak balik kampung~ dan jangan lupa bermaaf-maafan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Pihak MTP juga ingin meminta maaf atas segala salah silap yang pernah kami lakukan sepanjang tahun ini kepada semua guru, kawan dan seluruh warga SMKDN. InsyaAllah kami akan memperbaiki semua silap dan kekurangan kami untuk masa depan kita semua dan SMKDN. Kami berdoa supaya kita semua akan menjadi insan yang lebih baik selepas bulan Ramadhan ini.

Kawan-kawan di sana jangan pula lupa buat kerja sekolah ye ;)

Akhir sekali pihak MTP SMKDN mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Maaf Zahir Batin :)