Thursday 27 November 2014

KEM D'NANDING YOUTH LEADER..

              KEM KEPIMPINAN TINGKATAN 1 DAN 2

        Nanding..Nanding
        Dusun Nanding ...
        Dusun Nanding ramai pemimpin ...
        Kami datang ke D'youlead ...(d'youlead)
        Kami hebat...kami mantap ...
        Kami pemimpin S.M.K.D.N..

                  Begitulah lirik lagu tepukan semangat para peserta di kem d'youlead. "d'youlead' merupakan singkatan bagi  D'Nanding Youth Leader. Kem ini diadakan bertujuan bagi membentuk dan melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkualiti di SMKDN . Guru yang bertanggungjawab mengadakan kem ini ialah Ustazah Rusmiani , juga dibantu oleh guru-guru MTP iaitu En.Shamsuddin dan Pn.Norma. Kem Komander bagi d'youlead ialah Nuradlina hadfina serta dibantu oleh 15 komiti yang terdiri daripada MTP tingkatan 4 dan 3 . Kem ini juga dibantu oleh 11 orang Fasilitator dari PEPIAS.  Kem ini telah dijalankan dari 14.11.2014 sehingga 16.11.2014 iaitu selama 3hari 2 malam .
     
            Hari pertama kem ini bermula dari jam 2:30 petang , para peserta mendaftarkan diri dan berkumpul di tapak perhimpunan .  Para peserta diberi taklimat oleh kem komander mengenai peraturan yang harus dipatuhi dan perkara yang dilarang sepanjang kem ini berlangsung . Selepas itu , para peserta dan para komiti mengadakan bacaan yassin di tapak perhimpunan dan disertai oleh para pelajar sesi petang yang lain .

            Selesai bacaan yassin , para peserta diarahkan bagi makan malam dan seterusnya membersihkan diri dan bersedia bagi Solat Maghrib berjemaah .. Abang Aiman yang merupakan programme konduktur telah memberikan  sedikit tazkirah dan diharap tazkirah yang diberikan dapat dijadikan panduan oleh para peserta . Jam menunjukkan pukul 8:30 malam , selesai sahaja Solat Isyak berjemaah , kem diteruskan lagi dengan sesi pengenalan para peserta dengan para Fasilitator dan pembahagian kumpulan .  LDK pertama diadakan selepas itu dan diuruskan sepenuhnya oleh fasilitator yang akan mengadakan aktivi bersama kumpulan masing-masing . Selepas selesai LDK, para peserta balik ke bilik penginapan untuk rehatkan diri pada hari seterusnya.
           
            Masuk hari kedua kem. Para peserta dan para fasilitator serta komiti dikejutkan seawal jam 4:00 pagi bagi mengadakan qiamullail . Aktiviti bagi hari kedua dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Abang Aiman [Penyelaras Program]  .. Aktiviti selepas bersarapan ialah LDK  dan diteruskan dengan permainan teka siapa. Selepas itu ialah aktiviti explorace  yang dianjurkan oleh pasukan komiti MTP SMKDN dan setiap kumpulan harus bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain bersama dengan abang-abang dan kakak fasilitator . 'Denda' dikenakan kepada setiap ahli kumpulan yang kalah dan tidak terkecuali para fasilitator . Setelah selesai aktiviti ini, wakil peserta perlu memberitahu nilai yang diperolehi dari setiap permainan yang dijalankan .

            Pada sebelah malam pula , satu persidangan diadakan diantara para peserta yang merupakan MTP sesi petang dengan para komiti yang merupakan MTP sesi pagi. Persidangan ini membangkitkan  mengenai masalah-masalah yang sering terjadi di kalangan MTP dan cara menyelesaikannya . Persidangan ini bertujuan bagi meningkatkan persefahaman di antara MTP.

             Hari ketiga di kem d'youlead. Hari dimulakan dengan Solat Subuh berjemaah dan aktiviti senamrobik . Seterusnya , peserta diminta bersarapan dan bergerak didalam kumpulan bagi aktiviti LDK 4 bersama fasilitator masing-masing .  Seterusnya,  para peserta mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah serta mengemas barang-barang yang dibawa. Peserta diarahkan berkumpul bagi Majlis penutup . Majlis penutupan dirasmikan oleh Puan Norma, penyelaras MTP sesi Pago. Penolong Kanan Petang, Puan  Siti Baizuri turut hadir dan telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada kumpulan-kumpulan yang menang dan juga kepada PEPIAS yang diketuai oleh Abang Hafidz selaku Ketua Fasilitator DyouLead.

            Sebelum mengakhiri majlis itu, setiap kumpulan diminta melakukan tepuk semangat yang terakhir bersama Abang-Abang dan Kakak-Kakak fasilitator masing-masing. Para Fasilitator dan komiti tidak ketinggalan bagi mempersembahkan satu tepukan yang direka khas kepada adik-adik peserta ..Sebelum bersurai , sesi bergambar bersama-sama  sebagai kenangan dan juga sesi salam terakhir diantara para peserta dan fasilitator serta komiti diadakan .

       Akhir kata, kami, daripada pasukan komiti DyouLead ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga penghargaan terutama kepada penyokong kuat kem ini iaitu Penolong Kanan Petang dan mereka yang tidak putus memberi tunjuk ajar serta memberi kata kata semangat iaitu Penyelaras-penyelaras MTP, Puan Rusmiani, Encik Syamsudin dan Puan Norma. Terima kasih kerana memberi penghargaan kepada kami bagi menguruskan kem ini. Setulus kasih budi kami hulurkan kepada pasukan fasilitator daripada Persatuan Pelajar Islam Selangor [PEPIAS] kerana tanpa anda semua, tak hebatlah Dyoulead. Yang paling penting, terima kasih daun keladi kepada para peserta yang terdiri daripada MTP petang kerana memberi kerjasama yang baik. Kami sayang anda semua.

T E R I M A . K A S I H ©