Pada jam 12:30 tengah hari , guru-guru dan wakil pelajar Smk Abdul Jalil telah tiba di SMKDN dan telah disambut dengan tangan yang terbuka oleh guru-guru dan Barisan Tertinggi MTP SMKDN . Mtp telah membawa Pemimpin SMK Abdul Jalil ke dataran perhimpunan bagi melihat simulasi perhimpunan yang diurus sepenuhnya oleh Barisan Mtp SMKDN . Seterusnya , pemimpin SMKAJ telah dibawa ke Dewan Sekolah bagi mendengar ucapan-ucapan dari Guru-guru kedua buah sekolah juga dari wakil pelajar SMKDN dan SMKAJ . Tayangan video korporat MTP SMKDN telah ditayangkan bagi memperkenalkan organisasi kepimpinan MTP yang telah ditayangkan oleh Nuradlina Hadfina . Selain itu, terdapat juga Video kemuda yang menjadi titik permulaan kepada tertubuhnya Majlis Tertinggi Pelajar SMKDN dan persembahan 'powerpoint' rancangan aktiviti-aktiviti MTP sepanjang tahun bagi sesi 2014-2015 ..
Seterusnya , Bilik Gerakan MtP ialah destinasi kami yang seterusnya . Pemimpin SMKAJ diperkenalkan dengan sistem-sistem MTP seperti , cara merekod data , sistem saman , dan cara mengurus buku kawalan kelas . Encik Syamsuddin juga sedikit sebanyak telah memberi penerangan tentang sistem kerja MTP . Selepas itu , kami mengadakan sesi perkongsian idea di bilik kaunseling . Aktiviti ini telah berjalan dengan jaya dan meriah nya di samping dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara kami .
Kata-kata telah kami berikan , senyuman juga telah kami utarakan , kini telah tiba waktunya bagi kami untuk berpisah . Segulung penghargaan dan jutaan terima kasih dari Mtp SMKDN buat Guru-guru dan wakil pemimpin pelajar SMK Abdul Jalil atas kesudian mengadakan lawatan penanda arasan di SMKDN . Semoga , segala ilmu yang telah kami kongsikan dapat memenuhi kehendak guru-guru dan rakan pemimpin pelajar sekalian... TERIMA KASIH ....
SALAM PEMIMPIN ........ :) :) :)