Monday 29 December 2014

Majlis Perpisahan Puan Rusmiani


Jasamu akan kami kenang selalu...

Pada tarikh 20/11/2014, Majlis Tertinggi Pelajar sesi pagi dan petang telah bergabung bagi mengadakan sebuah Majlis Perpisahan Puan Rusmiani binti Ali selaku Penolong Penyelaras MTP sesi petang.

Majlis ini dihadiri oleh Pentadbir SMKDN, Guru-guru MTP, Wakil PEPIAS dan MTP sesi pagi dan petang. Majlis yang diadakan dengan cukup ringkas bertemakan "Happy Go Lucky" dengan hiasan serba warna-warni.

Puan Rusmiani binti Ali atau lebih dikenali dikalangan murid-murid SMKDN sebagai Ustazah Rusmiani kerana beliau mengajar subjek agama islam telah banyak berkongsi ilmu, memberi pendapat, memperbaiki kelemahan, bekerjasama, melatih dan memajukan MTP SMKDN.

Bukan mudah untuk beliau dan guru-guru MTP lain untuk bersatu dalam melaksanakan misi mendidik pemimpin muda yang bukan sahaja mampu memimpin dalam organisasi sekolah malah pemimpin yang lebih maju kehadapan.

Sikap beliau yang senang bergaul dengan pelajar-pelajar, memudahkan komunikasi dua hala lebih-lebih lagi di antara MTP. Kesungguhan beliau amat bermakna dan terlaksana dalam usaha membawa langkah baru buat MTP.

Walaupun beliau menyandang jawatan selaku penolong penyelaras MTP sesi petang, namun beliau tidak lupa pada MTP sesi pagi dan memberikan kepercayaan.

Segarang-garang beliau, tetap wujud kasih sayangnya pada MTP dengan hasrat dan matlamat yang sama dengan guru guru MTP yang lain.

Ilmu kami bagai buih buih dilautan,
Ilmu guru bagai kapal pelayaran.

(maksud tersirat, cari sendiri) 

Kami hulurkan dengan ucapan terima kasih buat Puan Rusmiani Binti Ali. Besar jasamu dalam menyumbang ilmu kepimpinan. Andai bintang itu mampu kami gapai, kami hadiahkan cahayanya kepadamu.


Sungguh besar pengorbananmu berpenat lelah semata mata demi MTP. Paling besar adalah memberi kepercayaan kepada MTP tingakatan 4 (2014) untuk mengendalikan program Kem D'Youth Leader (Dyoulead) selama tiga hari dua malam.

Seandainya kata-kata kami selalu menyakitimu, maafkanlah kami sebagai pengubat rindumu.

Selamat berjaya di sekolah baru dan selamat berjaya menyambung pembelajaranmu, Ustazah.

Semoga keluargamu, kesihatanmu, hubungan kita semua akan dilindungi Allah swt. In shaa Allah.

TERIMA KASIH, PUAN RUSMIANI ðŸ˜­