Thursday 30 June 2016

Sambutan Hari Guru

    Pada Jumaat 27 May 2016 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding telah mengadakan Sambutan Hari Guru dengan jayanya. Tema sempena sambutan hari guru tersebut bagi para guru ialah 'back to school'.
   
   Guru-guru memperagakan 'uniform' sekolah mereka mengikut era zaman persekolahan yang berbeza. Berbagai ragam dan gelagat oleh guru-guru yang dapat dilihat pada hari tersebut. Guru kelihatan amat teruja sepanjang majlis dijalankan.



   Kejayaan majlis sambutan hari guru adalah hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid yang memberikan komitmen dengan baik sepanjang majlis berlangsung. Kami, Majlis Tertinggi Pelajar berharap agar perpaduan antara warga sekolah dapat dikekalkan supaya Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding dapat berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.

Monday 13 June 2016

Kem Tunas Kepimpinan Siri Ke-2

     Pada Sabtu 30 April 2016 yang lalu, Majlis tertinggi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding telah menganjurkan Kem Tunas Kepimpinan Siri Ke-2. Perjalanan progam ini telah dirangka dan diuruskan oleh Barisan Tertinggi Majlisn Tertinggi Pelajar. Objektif kem ini ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi pelajar dapat memupuk semangat kepimpinan dalam diri mereka. Program ini berlangsung selama sehari dari jam 7:30 pagi hingga jam 5:30 petang.

    Pada jam 7:30 pagi, peserta-peserta diarahkan untuk mendaftarkan diri dan berkumpul di dataran Semarak Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding. Pelajar-pelajar disajikan dengan nasi lemak yang didediakan oleh ahli-ahli exco dokumentasi dan dibantu oleh ahli jawatankuasa persatuan ibu bapa dan guru, Puan Norsila

     LDK 1 bermula pada jam 9:10 pagi dan diteruskan dengan LDK 2 pada jam 10:40 pagi. Pada jam 12:20 tengah hari pelajar-pelajar diberikan rehat dan disediakan makanan tengah hari dengan menu ayam masak merah, sayur masak lemak dan nasi putih. Program ini diteruskan lagi dengan slot bersama-sama PC iaitu permainan Running Man yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar. LDK 3 ialah pembentangan kertas kerja oleh setiap kumpulan. Pada jam 5:00 petang, taklimat terakhir diadakan sebagai penutup majlis

    Pihak Barisan Tertinggi Majlis Tertinggi Pelajar ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama jitu yang diberikan oleh pelajar-pelajar dalam menjayakan program ini.

Tuesday 22 March 2016

Kem Tunas Kepimpinan Diri 1

                 


                  Pada 22 Januari 2016, hari Jumaat bertempatkan Dataran Semarak Cemerlang SMKDN Kem Tunas Kepimpinan Siri 1 diadakan.

                  Kem diaturkan sepenuhnya oleh ahli Majlis Tertinggi Pelajar (MTP) dengan bantuan
guru-guru MTP. Tepat pada pukul 6 petang, sesi pendaftaran telah dijalankan. Sejurus itu, slot yang pertama pun bermula iaitu ice-breaking pada pukul 7 hingga 7.30 bagi membahagikan ahli majlis tertinggi pelajar kepada beberapa kumpulan secara adil. Seterusnnya, peserta solat berjemaah bersama-sama ahli MTP yang lain kemudian disusuli oleh makan malam dari pukul 8 hingga 8.45.
LDK 1 bermula setelah selesai makan malam iaitu Taa'ruf. Selanjutnnya, kum diteruskan dengan LDK 2, nightwalk, dan kudapan malam. Hari pertama kem tunas tamat pada pukul 1.00.


                 Tepat pada pukul 4.30 pagi, kesemua komiti diarahkan untuk bangun. Setiap ahli diberi masa selama 1 jam untuk membuat persiapan diri serta solat sunat sebelum masuk waktu solat subuh. Pada pukul 7 hingga 8 pagi ahli-ahli MTP menajalankan aktiviti senamrobik di padang. Seterusnya, kem tunas kepimpinan diteruskan lagi dengan LDK 3, 4 dan yang terakhir. Pada pukul 11:30 ahli-ahli MTP dibebaskan untuk mandi dan mengemas barang. Setelah selesai mengemas barang, ahli-ahli MTP  berkumpul di dataran semarak cemerlang smkdn buat kali terakhir untuk mendengar beberapa ucapan terakhir daripada ahli-ahli barisan tertinggi MTP.


               Sekian, terima kasih.












Friday 26 February 2016

Kejohanan Bola Tampar 201

Seperti tahun-tahun sebelum ini, SMKDN sekali lagi telah menghantar beberapa orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola tampar peringkat daerah.
Kejohanan tahun ini diadakan di SMK Pandan Indah. Perlawanan pertama pasukan SMKDN telah berjalan lancar seperti yang ditetapkan dalam jadual dimana SMKDN menentang SMK Cheras Perdana. Mata yang diraih adalah SMKDN 21 – SMKCP 16. Penentang kedua SMKDN adalah SMK Datuk Ahmad Razali, juga dikalahkan dengan mata 21 – 17. Ini telah melayakkan SMKDN untuk memasuki suku akhir.
Pada suku akhir , SMKDN telah berjaya menewaskan SMKA Maahad Hamidiah 31 – 26. Perlawanan yang amat sengit ini menyebabkan kesemua ahli keletihan. Seperti dikatakan ahli pasukan : “Rakan-rakan banyak bagi sorakkan kepada kami setiapkali perlawanan, ini mampu menaikkan semangat kami.”
Malangnya, pada peringkat separuh akhir, SMKDN telah tewas di tangan SJKC Yu Hwa, iaitu Johan Pertandingan Bola Tampar bagi tahun 2016 dengan mata sebanyak 31 – 16.
Walaubagaimanapun, SMKDN tetap  mencipta sejarah kerana berjaya menjulang pingat setelah sekian lama. Pengetua SMKDN telah sempat menyampaikan pesanan melalui  “whatsapp” dan memberi semangat kepada pasukan. Kesemua ahli pasukan berasa bangga dengan kejuaraan kali ini.















Dipetik dari: Amer Azizi Bin Muhammad Azhari (5 Bakti)
Penemurah: Tengku NurFashira (Exco Dokumentasi & Penerbitan)
Diolah oleh : Ayesha Zahra (Exco Dokumentasi & Penerbitan)