Thursday 27 February 2014

Jualan MTP Sempena Road Run Ke-10 SMKDN.

Road Run Ke- 10 SMKDN dijalankan di Maeps Serdang pada hari Khamis bertarikh 27/2/2014.

    Alhamdulillah program road run tahun ini berjalan dengan lancar. Walaupun jauh lokasinya, para pelajar SMKDN memberi sokongan yang banyak dengan menghadiri Road Run ke-10.

   Tahniah kepada pelajar yang mendapat kedudukan no. 1 - 20 dalam setiap kategori dan juga kepada semua pelajar SMKDN yang memberi sumbangan mata kepada rumah sukan masing-masing.

   Tidak terlupa juga, MTP membuka gerai jualan minuman. Kami amat berterima kasih kepada semua pelajar yang datang membeli jualan kami. Jualan hari ini amat memuaskan hati kami. Sekali lagi, Terima Kasih kepada semua warga SMKDN yang menyokong kami! :)



















                       































KEM KEPIMPINAN MTP & PRS Siri 1

Kem Kepimpinan MTP & PRS Siri 1 


              Tarikh : 28 Feb - 2 Mac 2014.
              Tempat : Dr. Campsite, Lubok Kelubi, Hulu Langat.

              untuk maklumat lanjut tentang lokasi sila klik perkataan tersebut --> Dr. Campsite.



TENTATIF PROGRAM ( 3 Hari 2 Malam)

HARI PERTAMA (JUMAAT)

4.30 ptg - Pendaftaran / Taklimat Program.
5.00 ptg - ICE BREAKING - Pembentukan Kumpulan.
5.30 ptg - Solat Asar / Minum Petang.
6.00 ptg - Agihan Penginapan - Dorm.
7.00 mlm - Khidmat Diri / Minum Malam / Solat Maghrib.
8.00 mlm - Ceramah 1 - Tugas dan Tanggungjawab Seorang Pemimpin.
9.00 mlm - Solat Isya'
10.00 mlm - LDK 1 : Wasiat
12.00 mlm - Rehat

HARI KEDUA (SABTU)

6.00 pgi - Solat Subuh
7.00 pgi - Senaman pagi / Istiadat.
8.00 pgi - Sarapan.
9.00 pgi - Aktiviti 1- Jungle Trekking.
11.00 pgi - LDK 2 : One Happy Family.
1.00 tghr - Makan tengahari / Khidmat Diri / Solat Zuhur.
2.00 ptg - LDK 3 : Periuk Api.
5.00 ptg - Minum Petang / Solat Asar.
5.30 ptg - Walk Rally (Games Station).
7.00 mlm - Khidmat Diri / Makan Malam / Solat Maghrib.
8.15 mlm - Debat Parlimen.
9.45 mlm - Solat Isya'.
10.00 mlm - Supper.
10.15 mlm - TBS: Ikrar Perwira.
12.00 mlm - Night Walk.
2.00 pagi - Rehat.

HARI KETIGA (AHAD)

6.00 pgi - Solat Subuh.
7.00 pgi - Senaman : Selamat Pagi Malaysia.
8.00 pgi - Sarapan / Khidmat Diri.
9.00 pgi - Obstacle Course & Blind Trail
                Mandi Kolam
1.00 tghr - Makan Tengahari / Khidmat Diri / Solat Zuhur.
2.00 ptg - Rumusan.
3.00 ptg - Penutup & Bersurai.


    * Semua Aktiviti tertakluk pada pindaan pihak Man Team Resources.


Barang- barang yang perlu dibawa:


  • Baju Sekolah Lengkap TAK PAYAH BAWAK.
  • Baju dan Seluar trek cukup-cukup untuk 3 Hari 2 Malam ( kira-kira 6 Helai Baju dan Seluar Trek).
  • Bagi perempuan wajib pakai tudung.
  • Pakaian Sembahyang. ( Telekung bagi perempuan )
  • Selipar sepasang.
  • Kasut 2 pasang.
  • Stokin 2-3 pasang.
  • Plastik untuk baju yang telah digunakan ( bawak banyak).
  • Ubat-ubatan yang perlu dibawa.
  • Barang keperluan untuk kesegaran diri.
  • Dan etc. 

Sekian Terima Kasih. 


Tuesday 11 February 2014

KEM TUNAS MTP & PRS Siri 1

Transformasi atau Lagenda ?


Pada hari Sabtu yang bertarikh 8/2/2014, Kem Tunas MTP dan PRS Siri 1 berlangsung di dewan SMKDN. Matlamat program ini adalah untuk memantapkan ilmu kepimpinan setiap ahli MTP dan PRS dan objektifnya adalah mencungkil, melatih dan memperbaiki sifat kepimpinan para pemimpin sekolah.












Kem ini dirasmikan oleh Ustaz Abu Mansor iaitu PK Hem SMKDN. Beliau memberi sepatah dua kata sebagai permulaan kem ini kepada para pemimpin yang berada dalam dewan.

















Selepas itu, Kem Tunas ini diteruskan dengan sesi bersama penceramah jemputan kami iaitu Encik Muhd Hafizzal bin Ramli. Beliau adalah Alumni SMKDN yang sempat bersekolah di sekolah kami untuk setahun. Beliau juga lebih dikenali sebangai Cikgu Hafiz yang pernah menjadi ketua fasilitator program KEMUDA '98 tahun lepas iaitu program Kepimpinan Muda untuk pelajar- pelajar terpilih yang habis sahaja menduduki PMR mereka. Cikgu Hafiz mengajar para pemimpin tentang sifat-sifat yang asas yang amat penting bagi seseorang pemimpin. Tambahan pula, beliau memberi tips yang amat berguna bagi para pemimpin untuk digunakan ketika bertugas. 























Seterusnya, kem diteruskan selepas rehat dengan aktiviti Taaruf Exco MTP. Semua ahli MTP dapat mengenali barisan Majlis Tertinggi dan juga dapat berbincang dalam Exco tersendiri tentang tugasan dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun. Hal ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara MTP sesi pagi dan sesi petang. 















Tidak terlupa juga, barisan MTP mengambil gambar sebagai kenangan untuk Kem Tunas Siri 1.

MTP SESI PAGI




MTP SESI PETANG



BARISAN MT SMKDN SESI 2014







Ribuan terima kasih kepada semua ahli MTP dan PRS yang hadir pada Kem Tunas ini, guru-guru penasihat MTP dan PRS dan juga kepada Cikgu Hafiz yang sudi membantu kami.