Tuesday 11 February 2014

KEM TUNAS MTP & PRS Siri 1

Transformasi atau Lagenda ?


Pada hari Sabtu yang bertarikh 8/2/2014, Kem Tunas MTP dan PRS Siri 1 berlangsung di dewan SMKDN. Matlamat program ini adalah untuk memantapkan ilmu kepimpinan setiap ahli MTP dan PRS dan objektifnya adalah mencungkil, melatih dan memperbaiki sifat kepimpinan para pemimpin sekolah.












Kem ini dirasmikan oleh Ustaz Abu Mansor iaitu PK Hem SMKDN. Beliau memberi sepatah dua kata sebagai permulaan kem ini kepada para pemimpin yang berada dalam dewan.

















Selepas itu, Kem Tunas ini diteruskan dengan sesi bersama penceramah jemputan kami iaitu Encik Muhd Hafizzal bin Ramli. Beliau adalah Alumni SMKDN yang sempat bersekolah di sekolah kami untuk setahun. Beliau juga lebih dikenali sebangai Cikgu Hafiz yang pernah menjadi ketua fasilitator program KEMUDA '98 tahun lepas iaitu program Kepimpinan Muda untuk pelajar- pelajar terpilih yang habis sahaja menduduki PMR mereka. Cikgu Hafiz mengajar para pemimpin tentang sifat-sifat yang asas yang amat penting bagi seseorang pemimpin. Tambahan pula, beliau memberi tips yang amat berguna bagi para pemimpin untuk digunakan ketika bertugas. 























Seterusnya, kem diteruskan selepas rehat dengan aktiviti Taaruf Exco MTP. Semua ahli MTP dapat mengenali barisan Majlis Tertinggi dan juga dapat berbincang dalam Exco tersendiri tentang tugasan dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun. Hal ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara MTP sesi pagi dan sesi petang. 















Tidak terlupa juga, barisan MTP mengambil gambar sebagai kenangan untuk Kem Tunas Siri 1.

MTP SESI PAGI




MTP SESI PETANG



BARISAN MT SMKDN SESI 2014







Ribuan terima kasih kepada semua ahli MTP dan PRS yang hadir pada Kem Tunas ini, guru-guru penasihat MTP dan PRS dan juga kepada Cikgu Hafiz yang sudi membantu kami.