Thursday 27 February 2014

Jualan MTP Sempena Road Run Ke-10 SMKDN.

Road Run Ke- 10 SMKDN dijalankan di Maeps Serdang pada hari Khamis bertarikh 27/2/2014.

    Alhamdulillah program road run tahun ini berjalan dengan lancar. Walaupun jauh lokasinya, para pelajar SMKDN memberi sokongan yang banyak dengan menghadiri Road Run ke-10.

   Tahniah kepada pelajar yang mendapat kedudukan no. 1 - 20 dalam setiap kategori dan juga kepada semua pelajar SMKDN yang memberi sumbangan mata kepada rumah sukan masing-masing.

   Tidak terlupa juga, MTP membuka gerai jualan minuman. Kami amat berterima kasih kepada semua pelajar yang datang membeli jualan kami. Jualan hari ini amat memuaskan hati kami. Sekali lagi, Terima Kasih kepada semua warga SMKDN yang menyokong kami! :)