Friday 22 August 2014

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM

SAMBUTAN HARI KOKURIKULUM


    Tanggal 16 Ogos 2014 tepat 8:30 pagi kehadiran pengetua dan barisan pentadbir telah menyerikan lagi Sambutan Hari Kokurikulum SMKDN. Sambutan tersebut telah dirasmikan  
oleh Puan Shamsiah Binti Ahmad Jupri merangkap pengetua sekolah SMKDN. Kemunculan kereta alat kawalan jauhh dan Quadcopter yang dikawal oleh Team RC Nanding memeriahkan lagi suasana perasmian semua bersorak keriangan dan kagum.



Sambutan Hari Kokurikulum diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku,Selangor, lagu sekolah dan lagu-lagu kemerdekaan.

 Sambutan tersebut berjalan dengan lancar seperti mana yang diharapkan.Terdapat banyak gerai-gerai pelajar-pelajar daripada semua tingkatan,guru-guru serta MTP yang berhias-meriah. Suasana kemeriahan sambutan tersebut tidak dapat digambarkan dengan perkataan.



 Kejayaan sambutan Hari Kokurikulum tersebut tidak dapat dicapai tanpa kesungguhan serta kegigihan pelajar dan guru-guru SMKDN yang hadir. Segala tenaga yang digunakan dan idea yang dicurahkan telah banyak menyumbangkan hasil yang diluar ekspetasi. Oleh itu, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan gerai MTP. 

Thursday 21 August 2014

Majlis Penyerahan Tugas MTP

JASAMU AKAN DIKENANG.. TERIMA KASIH..



SIMBOLIK PENYERAHAN TUGAS MTP
AMIER - ZAKIR
PENGETUA SMKDN
BARISAN TERTINGGI MAJLIS TERTINGGI PELAJAR SESI 2014-2015

 

Pada Isnin bersamaan 11 Ogos 2014,Majlis Tertinggi Pelajar telah diberi penghormatan bagi mengadakan Majlis Penghargaan dan Penyerahan Tugas MTP. 

Majlis itu dirasmikan oleh pengetua SMKDN, Pn.Shamsiah bt Ahmad Jupri. Majlis seterusnya menjemput Pengetua bagi menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Mantan-mantan BTMTP yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik selama hampir setahun. Seterusnya, majlis menjemput mantan Ketua Umum iaitu Amier Farhan bagi menyampaikan Sijil Penyerahan Tugas kepada Ketua Umum baru iaitu Muhd Zakir.




Majlis tiba di kemuncaknya apabila Ketua Umum berucap dan seterusnya memperkenalkan BTMTP baru bagi sesi 2015 .Seramai 23 MTP telah dilantik sebagai BTMTP untuk menjalankan tugas bermula dari 11Ogos 2014 dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Setinggi-tinggi penghargaan kami kepada guru-guru MTP yang telah berpenat-lelah dalam memastikan majlis ini berjalan lancar.Semoga kita semua (BTMTP) akan memikul  tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi  dan penuh bersemangat.

MESYUARAT AGUNG BTMTP KALI-1 SESI 2014-2015

KERJASAMAMU AMAT DIHARGAI


Buat julung-julung kalinya, mesyuarat agung BTMTP diadakan . Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras MTP 2014 iaitu En.Shamsuddin bin Farid. Mesyuarat itu dihadiri seramai 22 orang BTMTP sesi pagi.

     Mesyuarat diteruskan dengan ucapan pengenalan daripada Ketua Umum, Muhd Zakir dan diserahkan kepada Ahli-ahli BTMTP yang lain .Seterusnya ialah sesi bersama mantan-mantan BTMTP dengan tujuan ahli-ahli BTMTP yang baru dilantik dapat mengetahui serba-sedikit mengenai liku-liku kehidupan sebagai BTMTP daripada mantan-mantan tersebut.

  Mesyuarat diakhiri dengan kata-kata semangat daripada Ketua Penyelaras MTP 2014. Mesyuarat tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa kerjasama daripada semua pihak.

Harap-harap BTMTP yang baru ini akan menjalankan tugas dengan baik dan menjadi pemimpin yang dihormati dan desegani pada masa depan sekolah, negara dan agama.