Sunday 14 September 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Disini lahirnya sebuah cinta

Disini lahirnya sebuah cinta merupakan tema bagi kemerdekaan negara kita pada tahun 2014 . Kita haruslah berbangga kerana negara kita masih aman-damai sehingga kini . Jasa dan pengorbanan .perwira-perwira negara kita bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada masa lalu haruslah sentiasa dikenang oleh generasi-generasi muda pada masa kini agar semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam diri setiap individu .


 Tidak kira apa bangsa ,Melayu , Cina , mahupun India , kita haruslah bersatu-padu bagi menghalang anasir-anasir luar yang mempunyai niat bagi menghancurkan kemakmuran yang telah kita kecapi selama 57 tahun . Seperti peribahasa , ’BERSATU KITA TEGUH,BERCERAI KITA ROBOH’ . Kami warga MAJLIS TERTINGGI PELAJAR SMKDN ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-57. 

Serta ingin berterima kasih kepada para pejuang yang sanggup berkorban , bertumpah darah demi membebaskan Malaysia daripada penjajah.
Dan tidak dilupakan buat pemimpin -pemimpin negara yang bersatu atas satu sebab ingin melepaskan Malaysia daripada genggaman orang yang tidak bertanggungjawab  ...

'simbolik' memotong pulut kuning
terima kasih