Tuesday 10 February 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015/ 1436 H

                                                   
                Sambutan Maulidur Rasul, 1436 H tahun masihi 2015 yang jatuh pada 3 Januari 2015 disambut meriah pada 17 Janurai 2015 bertempatkan dataran perhimpunan SMKDN. Para pelajar serta guru yang hadir memeriahkan lagi suasana di persekitaran sekolah tersebut. Disulamkan rasa rindu terhadap baginda Rasullah S.A.W majlis tersebut berjalan dengan lancar atas berkat kerjasama dari setiap individu.
 
                Tepat pada pukul 7:30 pagi, semua pelajar diarahkan supaya berkumpul di padang sekolah. Setiap kelas yang menyertai perarakan tersebut mempunyai tema masing-masing yang pelbagai dan kreatif. Kreativiti setiap individu ditonjolkan pada hari tersebut. Bermula dengan sepanduk ke pakaian sehinggalah ke perarakan semuanya teratur rapi serta penuh dengan idea-idea kreatif setiap pelajar. Terdapat pelajar yang memakai purdah,jubah,baju melayu dan baju kurung.Kepelbagaian warna dari segi pakaian dan sepanduk melahirkan satu kontra warna yang mewarnakan lagi sambutan maulidur rasul pada kali ini.

                Pada pukul 8:45 pagi, pelajar mula berarak dari padang sekolah ke lampu isyarat di hadapan taman perumahan langat ceria kemudia kembali ke padang sekolah. Berbagai -bagai selawat yang dilafazkan oleh setiap pelajar yang menyertai perarakan tersebut.

               Selepas itu, semua pelajar diarahkan supaya berkumpul di dataran perhimpunan untuk mendengar ceramah daripada ustaz jemputan. Ceramah yang memberi keinsafan kepada pelajar, disampaikan oleh ustaz tersebut dengan bertajukkan "Sejarah tokoh pahlawan Islam".

              Tamatnya sesi bersama ustaz jemputan. beralihlah sambutan Maulidur Rasul tersebut ke sesi penyampaian hadiah. Diucapakan tahniah kepada semua pemenang.

             Segala kerjasama dan usaha para pelajar amatlah dihargai. Diharapkan agar sambutan maulidur rasul pada tahun yang akan datang dapat disambut dengan penuh meriah lagi.

                                               Sekian, terima kasih.