Saturday, 13 June 2015

Kem Kepimpinan Muda 2015 (KEMUDA'15)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Apa khabar? Sihat? ALHAMDULILLAH. Sihat ataupun tidak, itu adalah Ujian dari yang Maha Esa.

 Setelah bercuti selama 2 minggu (cuti penggal), kepada guru-guru dan pelajar-pelajar, akan kembali ke sekolah semula untuk melalui sesi pembelajaran seperti biasa.

Kali ini, penulis blog untuk entry pada kali ini adalah "old school" punya orang iaitu Noor Saleha dan Nuradlina. Hadfina. Mungkin agak janggal sikit nak menulis bahasa formal disini kerana masing-masing ada blog sendiri dan selalunya berayat rawak. Maaf Farah dan Shahirah kerana kami menyibuk hehe. Tapi Adlina masih kekal sebagai editor diblog ini. Teringin juga merasa jadi updater.

Entry pada kali ini adalah berkaitan dengan program kepimpinan pastinya. Post kali ini mungkin lebih menarik kerana kita kembali pada asal usul. Wah... Mari kita singkap. Apa bendanya.

Baiklah. Dengan ini kami ingin menyatakan bahawa KEMUDA telah kembali beraksi !!

Mari kita imbas kembali dari mana kewujudan Majlis Tertinggi Pelajar (MTP). Kalau nak imbas kebelakang sangat, nanti lari tajuk pula.

MTP mendapat nama daripada program Kem Kepimpinan Muda (KEMUDA'98) pada tahun 2013 bagi para pelajar lepasan PMR. Sedia maklum bahawa pada ketika itu para peserta yang menyertainya adalah keseluruhannya Pelajar Tingkatan 3 lepasan PMR dan datangnya daripada pelbagai jawatan yang disandang disekolah.

KEMUDA kali ini yang dikelaskan sebagai KEMUDA'15 telah memberi sedikit kelainan dimana para peserta yang menyertainya mempunyai perbezaan umur (tingkatan 2,3 dan 4) dan khas untuk MTP SAHAJA.

Jikalau KEMUDA'98 didatangi oleh Wirajaya Concultancy dan pada kali ini juga sama sahaja dan pengajarnya masih juga seorang konsultan yang tegas dan 'garang' iaitu Cikgu Hafiz dan anak-anak buahnya.

Tetapi kali ini mendapat kelebihan kerana terdapat lagi satu konsultan khas iaitu wakil dari Persatuan Pelajar Islam Negeri Selangor (PEPIAS).

Mungkin ada yang tertanya-tanya.. Siapakah yang menggerakkan organisasi ini? Kalau cerita di sini, mau kesudah tak habiskan. Tapi mastermindnya mestilah Cikgu Norma (pengarah) dan Cikgu Syam (penyelaras).

Yang lain akan kami jelaskan akan datang. Kerana kami ada sediakan khas entry untuk ahli jawatankuasa KEMUDA'15. (sebabnya kenangan untuk para senior) hehehe jangan marah.

Sekarang rasanya nak post gambar-gambar. Tapi sangatlah banyak. Jadi, kami akan tunjukkan gambar waktu hari terakhir. Yang lain akan kami gabungkan dalam entry ahli jawatankuasa KEMUDA'15 okay? Hehe

Layan.....