Wednesday 17 June 2015

Pilihan Raya Barisan Tertinggi MTP 2015/2016

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih lagi diberikan kesempatan untuk beribadat kepada-Nya. Alhamdulillah.

Semoga perjalanan Ramadhan pada kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Manfaatkan masa dengan baik untuk beribadah kepada-Nya.



Tempoh 2 minggu pertama Ramadhan, MTP Tingkatan 5 sedang aktif melakukan tugasan terakhir bagi pilihan raya BTMTP baru 2015/2016.

Juga mereka akan menyerahkan amanah kepada pelapis yang akan datang.

Semoga organisasi baharu akan lebih memberi tindakan yang proaktif dalam melaksanakan misi sebagai pemudah cara sekolah. Diharapkan pencapaian akademik dan kokurikulum seiring dengan pelaksanaan tugasan sebagai pemimpin.

In shaa Allah.