Sunday 14 June 2015

sambutan hari guru smkdn ..

SAMBUTAN HARI GURU

"BLING-BLING" ..... itulah tema pada hari guru kali ini . hari guru pada tahun ini disambut di Dataran Semarak Cemerlang di SMKDN . Seawal jam 7:30 pagi , guru-guru telah mula berkumpul sebelum berarak memasuki Majlis . Para pelajar yang berpakaian sukan pada hari itu tidak sabar untuk melihat guru-guru kesayangan mereka berjalan di karpet merah yang telah disediakan oleh MTP yang bertugas . Pada jam 8:00 pagi , guru-guru telah mula berarak masuk dan tepukan yang gemuruh telah memeriahkan lagi majlis pada hari itu . 
                     Majlis diteruskan dengan ucapan dari pentadbir serta dari ketua umum . Seterusnya , wakil; dari setiap kelas memberi hadiah kepada guru kelas masing-masing . Hadiah-hadiah ini khas buat guru-guru dari kelas masing-masing . Walaupun hadsiah yang diberi ini tidak seberapa , namun keikhlasan yang ditunjukkan pelajar bagi menyediakan hadiah sangat tinggi . Kami amat menghargai segala pengorbanan guru-guru bagi mengajar kami . Seterusnya , terdapat kejutan dari pelajar tingkatan 5 yang telah merancang satu persembahan khas buat guru-guru . 
                 Ajk majlis yang terdiri daripada mtp tampak kemas berpakaian hitam dan kelabu kelihatan sibuk ke sana ke mari bagi memastikan program berjalan dengan lancar . Seterusnya , beberapa persembahan telah dipersembahkan kepada guru-guru .Antaranya , tarian , nasyid , dan nyanyian . Persembahan ini telah diselang-selikan dengan permainan . Guru-guru menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan bersama pelajar . Akhir sekali , majlis diakhiri dengan persembahan 'hakka' yang telah terdiri daripada pelajar-pelajar  lelaki tingkatan 5 .
                Pada kesempatan ini , kami warga MTP SMKDN ingin mengucapkan selamat hari guru kepada Guru-guru SMKDN serta semua yang bergelar 'GURU' .